BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 25 Mac 2011

PERGAULAN BEBAS ADALAH HARAM

Pergaulan bebas adalah haram

Di antara jalan-jalan yang diharamkan Islam ialah: Bersendirian dengan seorang perempuan lain. Yang dimaksud perempuan lain, iaitu: bukan isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikahwin untuk selama-lamanya, seperti ibu, saudara, dan sebagainya.

Ini bukan bererti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah satunya, tetapi demi menjaga kedua insan tersebut dari perasaan-perasaan yang tidak baik yang biasa bergelora dalam hati ketika bertemunya dua jenis itu, tanpa ada orang ketiganya.

Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda sebagai berikut:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, karena yang ketiganya ialah syaitan." (Riwayat Ahmad)

"Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan seorang perempuan, kecuali bersama mahramnya. "

Imam Qurthubi dalam menafsiri firman Allah swt yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, iaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53, yang ertinya: "Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. Karena yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu," mengatakan: maksudnya perasaan-perasaan yang timbul dari orang laki-laki terhadap orang perempuan, dan perasaan-perasaan perempuan terhadap laki-laki. Yakni cara seperti itu lebih ampoh untuk meniadakan perasaan perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan dan lebih positif untuk melindungi keluarga.

Ini bererti, bahwa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dalam hubungannya dengan masalah bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Oleh karena itu menjauhi hal tersebut akan lebIh baik dan lebih dapat melindungi serta lebih sempurna penjagaannya.

[Halal & Haram Dalam Islam by Sheikh Yusuf Qardhawi]

DARJAT SETITIS AIRMATA

Darjat setitis air mata
Manusia adalah makhluk tuhan yang dicipta dengan sebaiK-baik kejadian.ALLAH SWT memberikan banyak keistimewaan kepada manusia berbanding makhluk lain.Keistimewaan manusia meliputi akal yang waras,serta pancaindera yang senantiasa bekerja untuk tuannya,dalam proses tuannya mencari keredhaan tuhan-Nya.
Kita sedia maklum,fungsi minda untuk berfikir,fungsi kaki untuk melangkah,fungsi lidah untuk merasa dan terdapat sejenis sejenis air yang tugasnya membasahi tika dan saat tertentu.Umum mengetahui bahawa airmata berfungsi untuk menyucikan mata dari habuk,kadang kala sebagai medium tangisan seseorang.Ada yang menangis kerana tertekan,ada yang menangis kerana kecewa,ada juga yang menangis kerana bintang pujaan akademi fantasia tersingkir,malah ada juga yang menangis kerana ’putus cinta’ …Ops..Maaf..!!!Ana tak berniat untuk menyindir sesiapa….
TUGAS AIRMATA
Seperti ana nyatakan tadi,airmata berfungsi untuk tangisan dan juga berfungsi menyucikan mata dari habuk.Satu lagi tugas airmata yang mungkin kita lupa adalah untuk memadamkan API NERAKA.Percayalah,ALLAH tiada pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.persoalannya,benarkah airmata mampu memadamkan api???Airmata siapa yang begitu banyak itu???Dan api apa yang mudah untuk dipadamkan itu???
KEKUASAAN ALLAH,TIADA YANG MUSTAHIL
Sebenarnya,pemilik airmata tersebut adalah sesiapa jua yang menyedarinya dan mengamalkannya.Dan,api tersebut adalah api yang tidak pernah padam sejak wujudnya dunia,sehinggalah selama-lamanya.malah kepanasannya adalah 70 kali ganda api di dunia….IAITULAH…..NERAKA…!!!!!
Adakah ana hanya bergurau???Ataupun hanya menggunakan berbandingan hiperbola ini hanya untuk menarik perhatian warga MMPG untuk memuji BDK..???Demi kekuasaan ALLAH Yang Merajai Segalanya,sesungguhnya ana tidak bergurau ataupun menarik perhatian warga MMPG untuk memuji BDK…Ana tidak lain,hanyalah ingin berkongsi satu anugerah Ilahi yang tidak kita sedari.Terdapat satu riwayat yang bemaksud:
“Dan menangislah kerana takutkan ALLAH,jika tidak mampu,paksalah dirimu,kerana setitis airmata yang mengalir kerana takutkan ALLAH,biarpun terpaksa,ALLAH akan padamkan  api neraka mereka.”
Nah,benarkah apa yang diperkatakan oleh ana pada awal tadi??Airmata mampu memadamkan  api yang sangat panas malah menggelegak dan mengaum.di bawah ini,ana bawakan contoh kisah jasa setitis airmata….Mudah-mudahan dapat menambahkan keyakinan anda terhadap kebenaran ini.
Folded Corner:   “Disebutkan dalam satu riwayat,sewaktu seorang hamba sedang diadili oleh ALLAH di Akhirat kelak,setelah ditimbang,jelaslahtempat kembalinya adalah neraka kerana dosa-dosa yang dilakukan di dunia.Sewaktu siap untuk dihumbanke dalam neraka yang terbentang luas itu,terdengar satu suara berkata,”Bukankah ALLAH pernah berjanji setitis airmata yang basah kerana takutkan ALLAH maka ALLAH akan padamkan api neraka untuknya,”kemudian ALLAH berfirman,”benar”.Kemudiannya suara itu menyambung,”dulu waktu di dunia pernahsekali aku basah kerana tuanku menangis kerana takutkan ALLAH.”Kemudian hamba itu terus dikeluarkan dan ditempatkan di dalam syurga.Rupa-rupanya,suara tersebut hanyalah suara dari sehelai bulu mata yang amat kecil,yang pernah basah sekali sahaja akibat tangisan tuannya yang takutkan ALLAH…!!!!Bayangkan betapa hebatnya sehelai bulu mata dapat menyelamatkan tuannya  daripada dihumban ke neraka…….SUBHANALLAH……. 









Setelah merenung kisah tadi,ana merayu kepada anda semua agar menangislah,paksalah diri anda untuk menangis kerana ALLAH.Insya-ALLAH,pasti akan merasa pengalaman yang amat mengujakan pada tangisan pertama anda.Dunia terasa begitu indah,hati berasa begitu lapang,anda seolah-olah dilahirkan semula…Terasa ALLAH amat dekat dengan kita.Ingatlah,dalam Surah Al-Baqarah,ALLAH berfirman yang bermaksud…”Dan apabila mereka(hamba-hambaku)bertanya kepadamu,di manakah AKU,katakanlah,AKU amat dekat.”
Akhir kata,ana menyeru kepada seluruh warga MMPG merasakan pengalaman yang tidak ternilai ini.cubalah praktikkan unutuk merasakan sendiri kehebatannya.Buanglah risalah ini jika anda tidak merasakan satu pengalaman yang dahsyat sewaktu menangis kerana-Nya.Cubalah,kenallah sifat ALLAH,zat ALLAH,nescaya kita akan tenang.Demi ALLAH,sesungguhnya ALLAH itu MAHA PENGAMPUN dan MAHA MENGASIHANI.Cintailah ALLAH dengan ikhlasnya,kerana itulah peringkat CINTA yang paling AGUNG antara segala CINTA.

VALENTINE DAY

'Ros Itu Merah,
Seri Pagi itu biru,
Maaf Hari Valentine Itu
Bukanlah Untuk Mu.'

Boleh dikatakan dikebanyakan tempat, kalaupun tidak seantero dunia, slogan “mari kita mulakan musim percitaanâ€
 mula berkumandang. Ia adalah musim dimana jambangan ros dan kad ucapan bertukar tangan, dan ucapan cinta dan janji-setia (waluapun selalunya dimungkiri) dilafaskan. 14 Febuari juga dikenali sebagai Hari Valentine.

Jadi apa yang salahnya? Kemukinan orang akan bertanya. Bukankah ia adalah hari untuk kita meningati pasangan kita dan meluahkan perasaan cinta yang membara kepada pasangan kita, atau memberi sedikit kebebasan kepada para remaja untuk memadu cinta dan asmara? Sedarlah bahawa Hari Valentine bukan hanya untuk mencurahkan perasaan cinta kepada pasangan seseorang sahaja, tetapi lebih jauh dari itu, adalah untuk menghapuskan halangan yang menghalang pernyataan perasaan cinta kepada orang-orang yang pada hari-hari biasa sukar untuk didekati.

Kisah St. Valentine.

Di kurun yang ke 5 masihi, pihak gereja katholik berhasrat untuk menghapuskan perayaan kesuburan musyrik yang diraikan oleh orang-orang Rom sejak dari kurun ke 4 sebelum masihi. Pada bulan Febuari setiap tahun akan diadakan cabutan bertuah untuk meraikan para remaja lelaki yang memasuki peringkat akil baligh dihadapan “tuhanâ€
 Lupericus. Bagi para remaja perempuan mereka juga akan mengambil bahagian didalam cabutan bertuah ini, dengan meletakkan nama mereka di dalam sebuah kotak dan nama-nama tersebut akan dicabut secara rambang oleh para remaja lelaki tadi. Remaja perempuan yang dicabut namanya oleh remaja lelaki tadi akan dihadiahkan kepadanya. Pasangan sejoli tadi akan keluar dari tempat penyembahan tersebut sebagai “sepasang suami-isteri”, yang akan menikmati keseronokan dari hubungan tersebut selama setahun sehingga tiba masa untuk cabutan bertuah pada tahun yang berikutnya.

Pihak gereja tidak meredhai ciri pergaulan bebas yang ada pada penyembahan tersebut dan berusaha untuk mengakhirinya dengan melantik “wali (saint) cintaâ€
, yang akan dianugerahkan kemulian bagi mengantikan ritual kepada Lupericus. Mereka memilih seorang bishop yang bernama Valentine yang telah dihukum bunuh pada kurun ke 3 masihi. Hukuman yang terimanya kerana beliau menyangah Emperor Claudius yang mengharamkan perkahwinan kerana menganggap perkahwinan meyebabkan orang lelaki menjadi askar yang tidak berkualiti, kerana mereka enggan untuk meninggalkan keluarga mereka untuk ke medan perang. Valentine telah menerima mereka untuk dikahwinkan secara rahsia, sebuah jenayah yang mengakibatkan dia dijatuhi hukuman bunuh. Bagaimanapun sebelum dilaksanakan hukuman tersebut dia dikatakan sempat mengirimkan ucapan selamat tinggal kepada anak perempuan orang yang memenjarakannya yang mana dia telah jatuh cinta kepadanya ketika dia berada di penjara. Ucapan tersebut berbunyi, “Dari Valentine dikau”.

Hari Valentine - Perayaan Pergaulan Bebas.

Perayaan Hari Valentine kini telah berkembang menjadi suatu perayaan yang jauh terpesong dari niat Valentine. Sesungguhnya adalah ironi untuk melihat bahawa perayaan tersebut telah bertukar wajah dari apa yang diinginkan oleh pihak gereja suatu masa dahulu, iaitu untuk menjaga institusi perkahwinan, dengan menguna-pakai nama Hari St Valentine. Kini Hari Valentine dan apa yang dikaitkan dengannya adalah jauh berbeza ; iaitu,kembalinya pergaulan bebas dalam masyarakat, jalinan hubungan yang diakhiri dengan perzinaan, kehamilan yang tidak dikehendaki, penguguran janin secara gelab dan segala aktiviti yang membawa kepada keruntuhan maruah dalam masyarakat.

Malangnya, keburukan yang lahir dari perayaan tidak bermoral ini telah menjangkiti setiap lapisan masyarakat. Tanpa menghiraukan kesan buruk kepada masyarakat, para kapitalis telah menggunakannya sebagai sambutan peluang perniagaan secara besar-besaran. Television dan akhbar akan menyiarkan iklan-iklan promosi program khas, dan acara-acara sambutan yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat kapitalis ini. Ia dilakukan semata-mata untuk mencari keuntungan pantas tanpa memikirkan kesan buruk daripadanya terhadap keharmonian dan kerukunan kepada masyarakat akibat dari pergaulan bebas yang dilahirkannya.

Sebenarnya realiti Hari Valentine hanya merupakan sebuah cerminan masalaah yang bukan hanya terhad kepada 14hb Febuari sahaja. Kerana konsep yang sama, yang mendorong manusia untuk melampaui sempadan akhlak pada hari itu, adalah juga konsep yang diamalkan oleh masyarakat barat sepanjang tahun, iaitu; pergaulan dan sex bebas.

Kalimah “kebebasan sexâ€
 merupakan titik graviti bagi nilai asas kepada sekularisma yang mana dunia barat membangunkan pandangan hidup di atasnya. Dengan memisahkan agama dari urusan kehidupan, semua nilai dan pengawalan diri tunduk kepada ransangan hawa nafsu individu semata-mata. Dikala membebaskan diri dari kezaliman dan ketundukan kepada para pemimpin gereja Eropah dikurun ke 16 masihi, sekularisma di masa yang sama telah memperhambakan manusia kepada perhambaan yang lebih dahsyat; iaitu, ketundukan terhadap hawa-nafsu.

Di atas nama “kebebasanâ€
 (freedom), ratusan ribu nyawa telah melayang melalului peperangan yang secara terancang dicetuskan, sebagaiamana di Afganistan dan Iraq. Natjah dari ‘kebebasan’, manusia di Dunia Barat terdedah kepada peningkatan bahaya dan ketakutan disebabkan oleh rompakan, rogol, dan pembunuhan, yang dilakukan oleh mereka-mereka yang dibesarkan di dalam masyarakat yang meyakini “kebebasan” untuk memenuhi tuntutan hawa-nafsu merupakan sebuah lesen untuk seseorang memenuhi kemahuan mereka dengan mengorbankan hak-hak orang yang tidak bersalah yang berada di sekeliling mereka. Apabila konsep “kebebasan” ini diterapkan kepada hubungan lelaki dan perempuan, maka “pergaulan bebas” ini akan membawa kepada keadaan porak-peranda, kacau-bilau dan kenestapaan di dalam masyarakat.

Pandangan Islam Terhadap Hari Valentine.

Umat Islam mestilah memiliki kepekaan dalam mengenal-pasti mekanisma yang digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah kefahaman kita terhadap Islam. Apabila Umat Islam digalakkan untuk melibatkan diri didalam sambutan Hari Valentine mereka diperdayakan untuk meninggalkan nilai-nilai akhlak, standard bertingkah-laku, kehormatan dan maruah yang Islami, yang diperintahkan untuk dipelihara didalam menjalinkan perhubungan lelaki dan wanita.

Adalah amat perlu bagi kaum muslimin untuk menyedari bahawa Islam mengkehendaki mereka menjadikan tempat rujukan mereka sebagai hak ekslusif bagi Hukum Syarak. Ia adalah satu-satunya sumber yang sah bagi perayaan, tradisi atau amalan yang dibenarkan oleh Islam bagi Muslimin untuk mengikutinya. Islam adalah bertentangan secara total dengan konsep sekularisma. Ia juga tidak memberi sebarang ruang kepada konsep batil “kebebasan individuâ€
. Sebaliknya, Islam hadir untuk mengatur urusan manusia didalam setiap aspek secara menyeluruh, membebaskan mereka dari ketundukan terhadap manusia atau hawa-nafsu mereka sendiri, dan memimpin mereka kepada hukum Pencipta mereka yang sempurna.

Diriwayatkan bahawa Anas Bin Malik (ra) berkata; “Apabila Nabi saw berhijrah ke Madinah, peduduk disana memiliki dua hari perayaaan Jahiliyyah. Dia sawbersabda, “Apabila aku datang kepada kamu, kamu memiliki dua hari perayaan yang kamu sambut ketika masa jahiliyyah. Allah telah mengantikannya denga hari yang lebih baik, iaitu hari raya Fitr dan hari raya Adha.â€


Berasaskan ini adalah jelas bahawa Islam telah melarang sambutan terhadap perayaan, samada ianya krismas, tahun baru, deepavali, dan sebagainya. Dari asal-usulnya Hari St Valentine adalah perayaan musyrikin yang menganjurkan pergaulan bebas didalam masyarakat dan ianya terpesong jauh dari apa yang dikehendaki oleh Islam. Oleh itu, menyambut dan melibatkan diri dengannya adalah diharamkan oleh Islam.

Buat renungan kita bersama...
Sila terima dgn hati yg ikhlas...

Lady Luv Diya

APAKAH MAKSUD TUNANG???


alt

Sel, 16 Nov 2010 11:34 | Ustaz Azhar Idrus | Editor: MMPG BOY'Z
Print

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel 'Disiplin Islam Dalam Pertunangan' dan 'Bagaimana Bercouple Cara Islam?'
- Artikel diolah dari ceramah Ustaz Azhar Idrus.
Sumber Grafik : Koleksi Gambar iluvislam.com
"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat."


MAKNA ILAH


Makna ILAH


Ilah    اله
- سكن اليه          Merasa tenang padanya (10:7)
-  
استجاربه             Melindungi diri padanya (72:6)
- اشتق اليه            Selalu rindu padanya (7:138)
-
ولع به                  Mencintainya (2:165)


Abadahu  عبده 
-
 كمال المحبة        Sempurna mencintai
-
كمال التذلل          Sempurna menghinakan diri
-
كمال الخضوع     Sempurna menundukkan diri


Al Ilah     الأله 
- المرغوب          Yang diharapkan
-
المتبوع                Yang diikuti
-
المرهوب           Yang ditakuti
-
المحبوب               Yang dicintai



Al Ma’budالمعبود  
- صاحب الولاية     Yang layak diberikan kepadanya wala’
-  
صاحب الطاعة    Yang wajib diberikan kepadanya ketaatan
-    
 صاحب الحاكميةYang wajib diberikan kepadanya authoriti




Aliha    اله

سكن اليه 
manakala mendengar namanya disebut atau dipuji orang ia merasa tenteram.
Manusia yang meng”ilah”kan kehidupan dunia merasa tenteram dengan dunianya, walaupun ketenteraman yang dimilikinya adalah sementara sahaja.
Al quran 10:7-8

استجاربه
Merasa dilindungi oleh-Nya (istijaaro bihi), kerana ilah tersebut dianggap memiliki kekuatan ghaib yang mampu menolong dirinya dari kesulitan hidup.
Ada manusia memper”ilah” jin dengan meminta perlindungan kepadanya.
Al quran 72:6  dan 36:74-75

اشتق اليه 
Merasa selalu rindu kepadanya (assyauqu ilaihi), ada keinginan selalu bertemu dengannya, samada berterusan atau tidak. Ada kegembiraan apabila bertemu dengannya.
Al quran 2:93 dan 20:91


ولع به 
Merasa cinta dan cenderung kepadanya (wulli’a bihi). Rasa rindu yang menguasai diri menjadikannya mencintai ilah tersebut, walau bagaimanapun keadaannya. Ia selalu beranggapan bahawa pujaannya memiliki kelayakan dicintai sepenuh hati.
Al quran 29:25 dan 2:165





Abadahu  عبده 

كمال المحبة 
Dia amat sangat mencintainya sehingga semua akibat cinta siap dilaksanakannya. Maka diapun siap berkorban memberi loyalti, taat dan patuh dan sebagainya.
Al quran 39:45

كمال التذلل
Dia amat sangat merendahkan diri di hadapan ilahnya (kamalut tadzulul). Sehingga menganggap dirinya sendiri tidak berharga, sedia bersikap rendah serendah-rendahnya untuk pujaannya itu.
Al Quran 21:59 dan 68

كمال الخضوع
Dia amat sangat tunduk, patuh (kamalul khudu’). Sehingga akan selalu mendengar dan taat tanpa reserve, serta melaksanakan perintah-perintah yang menurutnya bersumber dari sang ilah.
Al Quran 36:60 dan 6:137




Al Ilah     الأله 
Al ilah dengan makrifat iaitu sembahan yang sejati hanyalah Allah sahaja, sedangkan selain Allah adalah bathil. Maka pengertian-pengertian ma’na ilah di atas hanyalah hak Allah sahaja, tidak boleh diberikan kepada selainNya. Dalam menjadikan Allah sebagai Al Illah terkandung empat pengertian iaitu

المرغوب
Al Marghub iaitu dzat yang sentiasa diharapkan. Kerana Allah selalu memberikan kasih sayangNya dan di tangan-Nyalah segala kebaikan.
Al quran 2:163-164

المحبوب
Al Mahbub, dzat yang amat sangat dicintai kerana Dia yang berhak dipuja dan dipuji. Dia telah memberikan perlindungan, rahmat, dan kasih sayang yangberlimpah ruah kepada hamba-hambaNya.
Al quran 2:165 dan 8:2 dan 9:24

المتبوع
Al Matbu’ yang selalu diikuti atau ditaati. Semua perintahNya siap dilaksanakan dengan segala kemampuan sedang semua laranganNya akan selalu dijauhi. Selalu mengikuti hidayah atau bimbinganNya dengan tanpa pertimbangan. Allah sahaja yang sesuai diikuti secara mutlak, dicari dan dikejar keredhaan-Nya.
Al quran 51:50 dan 37:99

المرهوب
Al Marhub, sesuatu yang sangat ditakuti. Hanya Allah sahaja yang berhak ditakuti secara syar’i. Takut terhadap kemarahanNya, takut terhadap seksa-Nya, dan takut terhadap hal-hal yang akan membawa kemarahanNya. Rasa takut ini bukan membuat ia lari, tetapi membuatnya selalu mendekatkan diri kepada Allah.
Al quran 2:186, 40:60, 94:7-8.















Al Ma’budالمعبود  

صاحب الولاية
Pemilik kepada segala wala’, perwalian atau pemegang otoriti atas seluruh makhluk termasuk dirinya. Dengan demikian wala’ mukminin hanya diberikan kepada Allah dengan kesedaran bahawa kepatuhan yang diberikan pada selainNya adalah kemusyrikan.
Al quran 109:1-6 dan 16:36 dan 2:21

صاحب الطاعة
Pemilik tunggal hak untuk ditaati oleh seluruh makhluk di alam semesta. Mukmin meyakini bahawa ketaatan pada hakikatnya untuk Allah sahaja. Seorang mukmin menyedari sepenuhnya bahawa mentaati mereka yang mendurhakai Allah adalah kedurhakaan terhadap Allah.
Al quran 7:54

صاحب الحاكمية
Pemilik tunggal kekuasaan di alam semesta. Dialah yang menciptakan dan berhak menentukan aturan bagi seluruh ciptaanNya. Maka hanya hukum dan undang-undangNya sahaja yang adil. Orang mukmin menerima Allah sebagai pemerintah dan kerajaan tunggal di alam semesta dan menolak kerajaan manusia.
Al quran 12:40 dan  24:1 dan 5:44