BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 19 Jun 2012

TERASING DI SINI...

Bismillahirrahmanirrahim...

Daripada Abu Hurairah r.a, baginda Rasulullah S.A.W bersabda: “islam bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing”

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh keseronokan
Siang malam asyik bersukaria
Tidak jemu mencari hiburan
Sedangkan aku terasing disini
Tidak banyak menghibur diri
Kerana aku lebih bimbang
Dibuai kelalaian dunia


Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kegembiraan
Sentiasa mengejar impian
Menggapai cita-cita tertinggi
Sedangkan aku terasing di sini
Tidak punya keinginan tinggi
Kerana aku lebih takut
Matlamat akhirat tak tercapai



Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kesenangan
Berlipat kemewahan
Berganda harta kekayaan
Sedangkan aku terasing di sini
Tidak punya apa-apa
Kerana aku lebih risau
Amal ibadat tak mencukupi



Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kebanggaan
Mengena pelbagai perhiasan diri
Menarik perhatian ramai
Sedangkan aku terasing di sini
Tiada yang sudi memandang
Kerana aku lebih rela
Membungkus diri melindungi maruah


Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kebahagiaan
Menikmati indahnya hidup berteman
Saling rindu dan mencintai
Sedangkan aku terasing di sini
Hanya duduk bersendirian
Kerana aku lebih kuatir
Diri melanggar batas menjejak zina



“ sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan, sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama”


Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?”
Baginda menjawab, Ganjaran 50 orang seperti kamu

( Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud)

0 ulasan: